Total Pageviews

EDITOR

My photo
Georgetown, Penang, Malaysia

Friday, 13 February 2015

Mesyuarat Agung PIBG SMPKP

Mesyuarat Agung PIBG SMPKP telah diadakan pada 13 Februari 2015. Mesyuarat ini dijalankan dengan lancarnya dari 3.30 pm sehingga 5.30 pm. Mesyuarat ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa kerana banyak ibu bapa telah hadir untuk memperlihatkan sokongan mereka kepada segala program yang dilaksanakan di sekolah.

Dalam ucapannya, Encik Teh Pang Eng, Pengetua SMPKP selaku Penasihat PIBG melaporkan pelbagai program dan projek yang telah dan sedang dilaksanakan. Di antaranya, beliau menjelaskan perubahan Bilik Darjah Kelas tradisional kepada Bilik Darjah Subjek atau Subject-based Classroom yang telah dirancang pada akhir tahun 2014 dan dilaksanakan mulai 12 Januari 2015. Daripada perubahan ini, beliau berharap dapat mengubahkan suasana pembelajaran dalam kalangan pelajar. Guru-guru juga diharapkan akan dapat mengubahkan peranan dan pendekatan membimbing dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Dengan berjayanya Subject-based Classroom, pelajar-pelajar pekak yang dilahirkan akan lebih aktif dan cerdas dalam pelbagai bidang sesuai dengan keperluan sasaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Hasil yang diharapkan ini dapat diperlihatkan dalam beberapa tahun akan datang sekiranya transformasi ini dapat dijalankan tanpa tergendala.

Pengetua Encik Teh Pang Eng juga berharap ibu bapa harus yakin dengan potensi anak-anak pekak. OKU tidak kekurangan dari mana-mana aspek kerana dalam pertemuan dengan bekas pelajar dari dalam dan dari luar negara sempena sambutan ulang tahun sekolah yang ke-60, beliau mendapati kebanyakan bekas pelajar bukan sahaja dapat berdikari malahan mencapai kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang kerjaya.

Mesyuarat Agung PIBG kali ini juga memilih Ahli Jawatankuasa Sesi 2015.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar, Encik Chung Kim Cheong, Setiausaha Agung Persatuan Bekas Pelajar, Encik Teh Kean Hoe dan Pegawai Komunikasi Puskom, Puan Siti Zubaidah bt. Mohd. Lani. Satu pertemuan di antara Yang Dipertua PIBG dengan Pemimpin Persatuan Bekas Pelajar dan Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang diadakan selepas mesyuarat agung PIBG untuk mencapai persefahaman dan menjalinkan hubungan baik dan kerjasama demi kepentingan murid-murid pekak dan sekolah.

Pengetua SMPKP selaku Penasihat PIBG berucap
Kehadiran ibu bapa dan guru amat menggalakkan


YDP PIBG, Encik S. Kanagasegaran, PJM, PKT sedang berucap.


Jawatankuasa PIBG Sesi 2015

No comments:

Post a Comment