Panitia Pendidikan Moral SMPKP telah menganjurkan Seminar Teknik Menjawab Soalan SPM 2014 untuk pelajar-pelajar Tingkatan Lima dan Tingkatan Empat pada hari Sabtu, 4 Oktober 2014. Cikgu Lim Bee Bee dari Sekolah Menengah Dato’ Ibrahim Yaacob, Kuala Lumpur diundang untuk membimbing pelajar dan berkongsi pengalaman dengan guru-guru pendidikan moral SMPKP.
Cikgu Lim Bee Bee mempunyai pengalaman luas dalam pengajaran mata pelajaran Pendidikan Moral dan mempunyai pengalaman dalam pemeriksaan skrip jawaban mata pelajaran Pendidikan Moral SPM selama beberapa tahun. Dalam seminar ini, beliau telah menerangkan teknik-teknik menjawab soalan SPM yang terkini khususnya berkenaan dengan soalan KBAT. Pelajar-pelajar juga diberi peluang cuba menulis jawaban berdasarkan teknik yang ditetapkan.
Seminar ini amat berjaya dan pelajar-pelajar banyak mendapat faedah. Puan Tjoeng Pit Chin, Penolong Kanan Pentadbiran telah merasmikan seminar dan menyampaikan cenderamata kepada penceramah.
Seminar ini ditajakan oleh Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Pendidikan Khas Persekutuan (Alumni FSDeaf). Panitia Pendidikan Moral merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah Cikgu Lim Bee Bee, dan Alumni FSDeaf.
|
Ucapan alu-aluan oleh PK Pentadbiran Puan Tjoeng Pit Chin |
|
Cikgu Lim Bee Bee sedang menerangkan aspek-aspek yang perlu difokuskan dalam menjawab soalan SPM |
|
Pelajar-pelajar sedang cuba menjawab soalan mengikuti teknik yang ditetapkan. |
|
Cikgu Lim Bee Bee memberikan komen dan penerangan tentang kekurangan jawaban pelajar. |
|
Pelajar-pelajar menumpu perhatian..... |
|
Percubaan menjawab soalan esei.... |
|
Puan Tjoeng Pit Chin menyampaikan cenderamata kepada penceramah Puan Lim Bee Bee. Turut hadir ialah Ketua Panitia Pendidikan Moral, Puan Asmak Asaari dan guru Pendidikan Moral Tingkatan Lima, Puan Ranjini a/p Subramaniam |
|
Pelajar-pelajar bergambar bersama penceramah, PK Pentadbiran dan guru-guru Pendidikan Moral. |
No comments:
Post a Comment