1.0 Disiplin Pelajar
1.1 Disiplin
pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Oleh yang demikian semua guru
dikehendaki bekerjasama untuk mendisiplin kelas-kelas yang diajar sepanjang
masa. Sistem Merit dan Demerit akan terus dilaksanakan.
1.2 Hanya kes-kes
disiplin yang rumit sahaja perlu dirujuk kepada Guru Disiplin.
1.3 Semua
guru-guru dikehendaki mencatatkan butir-butir disiplin pelajar dalam buku
pemantauan kelas untuk dijadikan rujukan tindakan oleh Lembaga Disiplin apabila
perlu. Catatan juga boleh dibuat di dalam Buku Persediaan Mengajar Guru.
1.4 Guru-guru mata
pelajaran seperti P.J.K / P.S. / P.M./
K.H./ L.K./ Sains yang memerlukan pelajar-pelajar bergerak ke tempat lain
seperti bengkel atau makmal hendaklah memastikan mereka berbaris dan bergerak secara teratur ke tempat yang di tujui.
Begitu juga dikehendaki selepas pelajaran tamat.
2.0 Kehadiran Pelajar
2.1 Guru-guru yang
memasuki kelas dikehendaki menyemak sama ada bilangan pelajar di dalam kelas
adalah sama dengan bilangan yang tercatat di dalam buku Pemantauan Kelas (yang
disimpan oleh Ketua Tingkatan) dan menandatangani buku tersebut. Jika didapati
sesiapa yang tidak ada di dalam kelas, guru berkenaan diminta mengambil tindakan
yang sewajarnya.
2.2 Kebenaran
untuk pelajar keluar kelas hanya diberikan oleh guru yang mengajar. Sila
benarkan tidak lebih daripada dua (2) orang pelajar keluar pada sesuatu masa.
Hadkan masa keluar berdasarkan tujuan keluar dan pastikan mereka tidak melewati
had masa yang ditetapkan.
2.3 Sistem
penggunaan Kad Keluar akan diteruskan. Pelajar yang keluar kelas mesti
mempamerkan Kad Keluar yang diberikan guru yang mengajar. Ketiadaan Kad Keluar
dianggap sebagai tidak mendapat kebenaran keluar.
3.0 Bimbingan dan Kaunseling.
3.1 Kaunselor
hendaklah merancang program-program motivasi, ceramah-ceramah kerjaya, dan sesi
bimbingan dan kaunseling dari semasa kesemasa dan juga merancang
program-program selepas PMR.
3.2 Kaunselor
hendaklah memberi layanan yang baik kepada pelajar-pelajar yang memerlukan
khidmat kaunseling, baik yang datang sendiri atau yang dirujuk oleh
jawatankuasa disiplin.
4.0 Rawatan Murid.
4.1
Murid yang
sakit dan memerlukan rawatan perlu mendapat pengesahan daripada guru kelas. Jika murid tersebut perlu dihantar ke klinik,
guru kelas perlu melengkapkan borang
pengesahan yang disediakan dan baru merujuk kepada Penolong Kanan HEM untuk
kebenaran keluar.
4.2
Murid yang hendak ke klinik akan
dihantar oleh pemandu dan diiringi oleh PPM asrama dan
sekiranya tidak ada pemandu pada hari tersebut, waden atau
guru bertugas harian
diberi tanggungjawab untuk menghantarnya.
5.0
Membawa
murid-murid keluar waktu persekolahan.
5.1 Sekiranya guru-guru ingin membawa
murid-murid keluar untuk aktiviti pembelajaran di luar kawasan
sekolah (bukan
lawatan khas) atau
membawa pelajar untuk menghadiri
bengkel, ceramah, pameran atau
pertandingan, guru perlu mengisi 5
salinan borang lawatan yang boleh didapati di pejabat.
5.2
Setiap salinan
hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan HEM, Pemandu, Waden/PPP, Penyedia Makanan
Asrama dan simpanan guru pengelola.
5.3 Pastikan borang tersebut diserahkan awal
untuk memudahkan tempahan bas atau selewat-lewatnya sehari
sebelum tarikh pergi.
PENDAFTARAN MASUK MURID BARU
1. Pendaftaran murid baru untuk Tingkatan
Satu dan Tingkatan Empat akan diadakan pada 1 Januari setiap awal tahun dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang di Dewan Makan Asrama.
2. Jawatankuasa Pendaftaran terdiri
daripada Guru Asrama, Kakitangan pentadbiran, AJK PIBG, Guru SPBT, AJK
Koperasi, Penyelia Asrama & PPM
3. Murid
baru yang tidak mendaftar pada hari tersebut boleh mendaftar pada Penolong
Kanan HEM di pejabat.
4. Guru kelas boleh mendapatkan nombor
pendaftaran murid baru melalui Buku Pendaftaran Sekolah yang terletak di bilik
Penolong Kanan HEM dan catatkan ke dalam Buku Jadual Kedatangan.
5. Guru
boleh berhubung dengan Setiausaha Sukan untuk menentukan Rumah Sukan serta
aktiviti kokurikulum murid berkenaan.
PANDUAN MENGISI JADUAL KEDATANGAN PELAJAR
1. NOMBOR DAFTAR PELAJAR
Setiap
pelajar mesti mempunyai pendaftarannya di sekolah ini. Ini boleh didapati:
a)
Dari jadual kedatangan pelajar tahun lepas
b) Fail sulit pelajar
Sekiranya tiada, guru
hendaklah mendapatkan nombor ini dengan mengisikan nama pelajar dan lain-lain
butir diri pelajar ke dalam buku pendaftaran pelajar.
(Nota : Segala butir diri pelajar di dalam buku
pendaftaran pelajar hendaklah dilengkapkan selewat-lewatnya pada 31hb. Mac
setiap tahun).
2.
BUTIR DIRI PELAJAR
i)
Bahagian
ini mestilah disiapkan selepas penggal pertama persekolahan dibuka.Tiap-tiap
perkara yang terkandung butir diri pelajar ini mestilah lengkap termasuk nombor
pendaftaran pelajar.
ii)
Alamat pelajar hendaklah ditulis lengkap dengan poskod.
iii)
Sekiranya pelajar tidak ada telefon rumah, sila dapatkan
nombor telefon pejabat ibu bapa / penjaga atau nombor telefon jirannya jika
ada.
iv)
Tulis nombor ahli koperasi di bahagian catatan belakang.
3.
SUSUNAN NAMA PELAJAR
a.
Hendaklah
disusun mengikut abjad.
b.
Jika pelajar mendaftar lewat, tulis nama di barisan akhir
dan susun semula mengikut abjad pada bulan berikutnya.
4. MENULIS
NAMA PELAJAR
i)
Nama pelajar hendaklah ditulis sepenuhnya.
Contohnya :- FAIZANA
BT. HALEEL RAHUMAN bukan FAIZANA
NUR AIZAT AMEEN B. KAMARUL
AMEEN bukan
NUR AIZAT sahaja.
ii)
Nama pelajar hendaklah ditulis dengan huruf besar/cerai.
5. TANDA-TANDA YANG DIGUNAKAN DALAM JADUAL KEDATANGAN
Dalam Jadual
Kedatangan Kelas, sila gunakan
tanda-tanda seperti berikut :-
i) Hadir -
Untuk pelajar yang hadir ………. (/)
ii) Tidak Hadir - Untuk pelajar yang
tidak hadir tapi ada surat akuan /surat doktor atau diakui oleh ibu bapa /
penjaga ……(S)
iii) Ponteng - Untuk pelajar yang tidak hadir dan tiada surat doktor/surat ibu bapa/penjaga atau
keterangan-keterangan yang boleh diterima
oleh Pengetua/ Guru Tingkatan secara lisan, bertulis……..(P)
iv)
Lewat -
Untuk pelajar yang datang lewat………(L)
Perhatian: Catatkan jenis cuti pada
hari-hari cuti awam / cuti sekolah.
6. CARA MENGIRA
Jumlah Kedatangan
i) Purata
Kedatangan = -------------------------------
Jumlah
Hari Dalam Bulan
Jumlah
Kedatangan
ii) Peratus Kedatangan = -------------------------------------------
x 100%
Jumlah
Sebenar Kedatangan Pelajar
(Nota) i) Bagi purata kedatangan pelajar tidak
boleh ditulis dalam perpuluhan tetapi hendaklah dijadikan nombor bulat pada
unit yang terhampir.
Contoh:-
45.6 adalah 46
ii) Peratus kedatangan hendaklah ditulis
pada tempat perpuluhan yang pertama sahaja.
Contoh
:- 97.82% menjadi 97.8%
iii) Bagi murid lewat mereka dikira hadir sekolah.
iii) Bagi murid lewat mereka dikira hadir sekolah.
7.
SURAT
PEKELILING PROSEDUR-KETIDAKHADIRAN PELAJAR
Merujuk perkara di atas, tuan/puan
diminta mengenal pasti sebab-sebab pelajar tidak hadir atau enggan
hadir ke sekolah. Kadang-kadang pelajar tidak hadir tanpa pengetahuan ibu bapa /
penjaga. Justeru itu pihak sekolah bertanggungjawab untuk menghubungi
mereka secara bertulis atau melalui telefon (dengan catatan panggilan
itu di dalam Buku Kedatangan/ kelas tuan puan.)
1. Tuan / puan diminta mengambil langkah-langkah sekiranya
pelajar tidak hadir.
(i) Memastikan semua pelajar yang tidak
hadir memberikan surat doktor atau
surat
ibubapa/penjaga dengan tandatangan yang sah untuk tempoh masa pelajar itu tidak
hadir. Pelajar yang tidak hadir selama
dua hari tanpa surat doktor diminta berjumpa dengan Pengetua (kecuali ada
bukti-bukti yang nyata, ketidakhadiran pelajar itu ada sebab munasabah yang
kuat). Sila tanda (S) sekiranya ada surat dan (P) jika tidak memberikan surat
sebelum hujung minggu.
(ii) Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar
pada hari ketiga untuk pelajar yang belum datang ke sekolah selama tiga hari, atau
pada hari kelima pelajar tidak hadir sekiranya pelajar telah tidak hadir ke
sekolah (P) selama sepuluh hari bukan secara berturut-turut tanpa surat.
(iii) Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar BERDAFTAR (sila catat Berdaftar pada
sampul surat) Jika pelajar belum datang atau belum menghubungi sekolah 7 hari
selepas Surat Amaran Pertama. Surat
Amaran Kedua hendaklah dihantar juga sekiranya pelajar telah ditandai (P)
sebanyak 20 hari bukan secara berturut-turut.
(iv)
Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar melalui BERDAFTAR AKUAN PENERIMA sekiranya
tiada apa-apa komunikasi 7 hari selepas surat amaran kedua. Sila gunakan surat
amaran kedua tetapi tukarkan Kedua ke
Terakhir dan garis. “nama anak tuan / puan akan dibuang sekolah
dengan dakwat merah”. Sila
hantar surat tersebut juga untuk pelajar yang telah ditandai (P) sebanyak 40
hari bukan secara berturut-turut.
(v)
Selepas tempoh dua minggu dari penghantaran Surat Amaran
Terakhir atau selepas 20 hari ditandai (P), pelajar boleh dibuang sekolah.
Surat untuk tujuan memberitahu ibu bapa / penjaga pelajar telah dibuang sekolah
hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau Guru Besar. Pelajar tidak boleh
diterima balik selepas itu tanpa merujukkannya kepada Pengetua.
2. Surat-surat
berkenaan boleh didapati dipejabat. Tuan / puan diminta mengisikan surat ini di
pejabat dan memastikan penghantarannya.
3. Semua
tindakan yang telah diambil hendaklah dicatat di ruang berkenaan pada tarikh
surat arahan dihantar dengan catatan AP : Arahan Pertama, AK : Arahan Kedua, AT
: Arahan Terakhir dan BS : Buang Sekolah dalam Buku Kedatangan untuk rujukan
seterusnya.
4. Semua
surat doktor, surat daripada ibu bapa / penjaga dan surat keluar kawasan
sekolah hendaklah disimpan dengan baik di dalam fail yang dibekalkan kepada
guru tingkatan / kelas pada awal sesi akedemik. Sila pastikan nama,tingkatan
/kelas dan tarikh tidak hadir tercatat di dalam surat-surat. Sila susun surat,
ikut tarikh dan bulan (kokot semua surat untuk satu bulan bersama-sama untuk
kemudahan rujukan apabila perlu).
5. Untuk
makluman tuan/puan, pelajar yang balik dengan kebenaran/kenyataan sebelum masa
ketiga dianggap tidak hadir (S). Yang keluar kawasan sekolah untuk mewakili
sekolah dalam pertandingan rasmi dianggap hadir pada hari itu.
6. Penghantaran
surat-surat adalah seperti berikut:
Surat
|
Tarikh Tidak Hadir (P)
Berturut-turut
|
Hari Tidak Hadir (P) Bukan
Berturut-turut
|
Amaran Pertama
Amaran Kedua
Amaran Terakhir
Buang Sekolah
|
Pada hari ke-3
7 hari selepas Amaran Pertama
7 hari selepas Amaran Kedua
14 hari selepas Amaran Terakhir
|
Pada kali ke sepuluh
10 hari lagi selepas Amaran
Pertama
20 hari lagi selepas Amaran
Kedua
20 hari lagi selepas Amaran
Terakhir
|
Jumlah Hari Tidak Hadir
|
31 hari
|
60 hari bukan
berturut-turut
|
Kerjasam tuan/puan dalam perkara-perkara tersebut amat
dihargai.
Terima kasih.
BERHENTI / BERTUKAR SEKOLAH
i)
Guru-guru hendaklah mencatat tarikh pelajar berhenti, sebab
berhenti dan jika bertukar, nama sekolah murid tersebut (di muka surat
belakang).
Contoh: Bertukar ke SMPK Shah Alam mulai 10.2.2012
ii)
Pelajar-pelajar tidak boleh bertukar sekolah selagi tidak
ada jawapan dari Bahagian Pendidikan Khas, KPM
iii) Kemudian nama pelajar tersebut dipotong
daripada senarai jadual kedatangan pada bulan berikutnya dan nama pelajar ini
digugurkan daripada senarai itu. Kedatangannya juga hendaklah ditolak. Susunan nama pelajar hendaklah disusun semula mengikut abjad.
iv) Guru-guru
tingkatan hendaklah memastikan yang pelajar tersebut telah memulangkan buku bantuan dan membayar
yuran sekolah.
v) Setelah
perkara di atas diselesaikan guru tingkatan hendaklah menulis sijil berhenti,
menyediakan kad 001, borang SPBT (jika ada), Kad Laporan dan diisi dalam sampul
surat yang digamkan untuk dibawa oleh pelajar berkenaan ke sekolah yang baru.
MURID BARU BERTUKAR KE SMPKP
i)
Pendaftaran akan diterima oleh Penolong Kanan (HEM)
ii) Guru tingkatan hendaklah mengisi maklumat pelajar ke
dalam Buku Jadual Kedatangan
iii)
Masukkan nama pelajar di barisan bawah di dalam Jadual
Kedatangan jika masuk pada pertengahan bulan dan pada bulan berikut susun
semula nama mengikut turutan abjad.
iv)
Tentukan rumah sukan dan persatuan/kelab.
v)
Pastikan pelajar berkenaan mempunyai :
a)
Kad 001
b)
Borang SPBT (jika ada)
c)
Kad Kesihatan (bagi Tingkatan 2/3 dari sekolah lama)
8.MENUTUP KEDATANGAN PELAJAR PADA TIAP-TIAP BULAN
i)
Ini hendaklah dilakukan pada tiap-tiap akhir bulan.
ii) Penyata bulanan dilekatkan di register dan hendaklah
diisi pada masa yang sama atau selewat-lewatnya 3hb. setiap bulan.
iii) Jadual kedatangan akan disemak semula pada tiap-tiap
bulan oleh Penyelaras.
9.MENUTUP JADUAL KEDATANGAN PELAJAR PADA AKHIR TAHUN
Walaupun
bulan November merupakan bulan terakhir bagi tiap-tiap satu tahun persekolahan,
tetapi jadual ini hendaklah ditutup pada bulan Disember. Jadi bagi bulan
Disember, nama pelajar hendaklah ditulis dan jadual itu ditutup seperti biasa.
Hanya di ruangan kedatangan ditulis CUTI
PENGGAL KETIGA melintang.
10.
KESILAPAN
YANG DIBUAT DALAM JADUAL KEDATANGAN
Sekiranya ada kesilapan yang
dibuat, hanya potong dan tuliskan yang betul di atas kesilapan tadi dan
tandatangan. Jangan guna ‘correction
fluid’.
No comments:
Post a Comment