Total Pageviews

EDITOR

My photo
Georgetown, Penang, Malaysia

Thursday, 5 February 2015

Sumbangan Peralatan ICT oleh Alumni FSDeaf

Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Pendidikan Khas Persekutuan (Alumni FSDeaf) menyumbangkan 12 unit Digital Projektor dan 5 unit pencetak warna serbaguna kepada Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Persekutuan.

Upacara penyampaian peralatan ICT diadakan pada 8.30 pagi, 2 Februari 2015. Wakil Alumni FSDeaf ialah Presiden Encik Chung Kim Cheong, Setiausaha Agung, Encik Teh Kean Hoe dan dua orang Pegawai Komunikasi dari PUSKOM Pulau Pinang iaitu Puan Siti Zubaidah dan Puan Asma Nurul Ain Salim.

Encik Fadzil Bin Abdullah, Ketua Unit Pendidikan Khas dari Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang diundang hadir sebagai tetamu kehormat.

Guang Ming Daily, 3 February 2015
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Tanjung Bungah mengadakan Bilik Khas Subjek pada tahun ini 
(Pulau Pinang) Pengetua Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Encik Teh Pang Eng menyatakan bahawa dalam melangkah ke arah wawasan pendidikan abad ke-21, SMPKP mengadakan Bilik Darjah Berdasarkan Subjek. Konsep Bilik Darjah Subjek ini dapat menjimatkan masa guru untuk menemukan bahan bantu mengajar. 

Dalam upacara penyampaian peralatan ICT pada hari Isnin, beliau menerangkan bahawa kebanyakan sekolah di negara kita mengadakan pendidikan tradisional iaitu bilik darjah kelas. Pada tahun ini, SMPKP mengambil keputusan melangkah ke sistem pendidikan abad ke-21 dengan mengadakan  bilik darjah berdasarkan subjek. Di bawah sistem ini, menurut beliau, setiap bilik darjah digunakan untuk subjek tertentu dan disediakan dengan pelbagai bahan bantu mengajar subjek berkenaan. Guru-guru dapat menggunakan bahan bantu mengajar berkenaan dalam bilik darjah subjek. Cara ini membolehkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. 

Menurut beliau, Bilik Darjah berdasarkan Subjek (Subject-based Classroom) adalah cara pengagihan bilik darjah yang paling ideal bagi guru-guru. Walau bagaimanapun, sistem ini tidak dapat dilaksanakan di semua sekolah.  
SMPKP hanya dapat melaksanakan sistem ini dalam keadaan tenaga mengajar dan keadaan bilik darjah membenarkan. 

Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Pendidikan Khas Persekutuan telah mengadakan sambutan ulang tahun sekolah yang ke-60 dan telah menggunakan wang baki sebanyak lima belas ribu daripada program tersebut untuk menghadiahkan 12 buah digital projektor dan lima buah pencetak warna kepada SMPKP dan SKPKP. Pada masa kini, SMPKP mempunyai 53 orang guru dan 133 orang pelajar manakala SKPKP mempunyai 23 orang guru dan 32 orang pelajar.
Menurut Encik Teh Pang Eng, Persatuan Bekas Pelajar mencapai kejayaan cemerlang mengadakan Majlis Makan Malam yang disertai kira-kira 1000 orang bekas pelajar dari dalam dan dari luar negara. Kejayaan ini membuktikan masalah pendengaran bukan penghalang untuk berjaya. Ini telah menambahkan keyakinan pihak sekolah dan pelajar.

Penambahan 12 buah Digital Projektor dan 5 buah Pencetak.
Dalam ucapannya, Presiden Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Pendidikan Khas Persekutuan Encik Chung Kim Cheong menyatakan bahawa dengan kerjasama semua warga SMPKP dan SKPKP, bekas pelajar dan anggota masyarakat, Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun ke-60 yang dianjurkan oleh Persatuan Bekas Pelajar amat berjaya.

Menurut beliau, pelajar pekak belajar melalui visual. Oleh sebab itu, Persatuan Bekas Pelajar menggunakan wang baki daripada majlis makan malam untuk membantu sekolah menambahkan 12 unit digital projektor dan 5 unit pencetak warna. Peralatan ini akan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Encik Fadzil Bin Abdullah juga diundang menyampaikan ucapan dalam upacara penyampaian peralatan ICT. (Terjemahan daripada Guang Ming Daily oleh Teh Kean Hoe)
 

Sin Chew Daily, 5 February 2015
Teh Pang Eng: Merangsangkan Keyakinan untuk melangkah ke Kejayaan, 
Pelajar Khas Memerlukan Keprihatinan dan Kasih Sayang
(Pulau Pinang) Pelajar-pelajar Sekolah pendidikan khas untuk murid pekak memerlukan galakan, kasih sayang dan sokongan daripada bekas pelajar yang berjaya, ibu bapa dan anggota masyarakat untuk merangsangkan keyakinan mereka melangkah ke arah kejayaan.

Khususnya, apabila pelajar-pelajar khas ini dapat melihat bekas pelajar mencapai kejayaan yang mengatasi sesetengah orang tanpa cacat di dalam dan di luar negara, keyakinan mereka dapat dipupuk dan diperkukuh. Mereka dapat menjadikan bekas pelajar yang berjaya sebagai teladan untuk dipelajari dan melipatgandakan usaha untuk belajar.

Pengetua Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan, Encik Teh Pang Eng mengemukakan kenyataan tersebut dalam ucapannya yang disampaikan dalam upacara penyampaian digital projektor dan pencetak warna oleh Persatuan Bekas Pelajar. Upacara tersebut dihadiri oleh Presiden Persatuan Bekas Pelajar Encik Chung Kim Cheong dan Ketua Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Encik Fadzil Bin Abdullah.

Encik Teh Pang Eng menunjukkan bahawa Persatuan Bekas Pelajar telah menganjurkan Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun ke-60 pada tahun lalu. Majlis tersebut menarik kehadiran kira-kira seribu orang bekas pelajar dari dalam dan dari luar negara. Bekas pelajar memperlihatkan kemampuan mengatasi halangan kecacatan fizikal dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlangdaripada sesetengah orang bukan cacat. Contoh-contoh mereka telah merangsangkan pelajar-pelajar pekak yang masih di bangku sekolah untuk meningkatkan usaha dalam pembelajaran.

Menurut Encik Teh Pang Eng, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan akan mengadakan aktiviti pengumpulan sumbangan untuk meningkatkan kemudahan peralatan ICT termasuk kemudahan di asrama pada 9 Mei tahun ini.

Menurut beliau, berdasarkan sistem pendidikan abad ke-21, sekolahnya telah menukarkan sistem bilik darjah tradisional. Dengan bantuan peralatan ICT, sistem pendidikan berfokuskan subjek digunakan.

Menurut beliau, sumbangan 12 unit digital projektor dan 2 unit pencetak warna daripada persatuan bekas pelajar tepat pada masanya untuk meningkatkan kemudahan ICT untuk pengajaran dan pembelajaran.

Encik Chung Kim Cheong menyatakan bahawa peralatan ICT yang disumbangkan oleh persatuan bekas pelajar  amat sesuai untuk meningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui visual dalam kalangan murid pekak. (Terjemahan daripada Sin Chew Daily oleh Teh Kean Hoe)


The Star, 5 February 2015

Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar berucap dalam upacara penyampaian peralatan ICT.






Pengetua SMPKP berucap dalam upacara.




Ucapan tetamu kehormat, Encik Fadzil Bin Abdullah, Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri


Encik Chung Kim Cheong menyampaian Sijil Penhargaan kepada Pengetua SMPKP.


Penyampain dua unit digital projektor kepada wakil Makmal Komputer melalui Encik Fadzil Bin Abdullah..
Penyampaian digital projektor kepada Bilik Darjah Subjek Geografi
Dua unit digital projektor disampaikan kepada Bilik Darjah Subjek Bahasa Melayu.
Bilik Darjah Subjek Bahasa Inggeris menerima dua unit Digital Projektor.

Encik Fadzil Bin Abdullah menyampaikan digital projektor kepada wakil Bilik Darjah Subjek Sejarah.
Puan Yong Sheh Seh menerima digital projektor bagi Makmal Sains.

Digital Projektor disampaikan kepada Bilik Darjah Subjek Matematik.

Wakil SKPKP menerima dua unit digital projektor.

Makmal Komputer menerima dua unit pencetak warna pelbagai fungsi.

Bilik Subjek Geografi menerima satu unit pencetak All-in-One.
Satu unit pencetak disampaikan kepada Bilik Darjah Subjek Pendidikan Seni Visual.

Wakil SKPKP menerima satu unit pencetak.



















No comments:

Post a Comment